Saturday 14 September 2013

SELAMAT DATANG KE BLOG INI



Pada 14 September 2013 bertempat di Padang IPG Kampus Darulaman, para pelajar PISMP Semester Dua Ambilan Januari 2013 IPG Kampus Darulaman dengan kerjasama Jabatan Kajian Sains Sosial IPG Kampus Darulaman telah berjaya memecahkan rekod baharu Malaysia dalam Malaysia Book of Records iaitu Rekod Peta Malaysia Terbesar di Malaysia yang berukuran 150 meter X 50 meter.

Blog ini ditubuhkan atas inisiatif Ahli Jawatankuasa Induk Projek Peta Malaysia Gergasi 'Malaysiaku Jubli Emas' dalam menjadikan blog ini sebagai satu memorabilia berkaitan projek ini.

Diharapkan semua pengunjung blog ini mendapat manfaat daripada paparan yang disediakan. Sila klik pada Menu pada bahagian atas blog untuk pelbagai paparan yang lebih menarik.


Sekian,
HAZMAN BIN AZHAR.