LIPUTAN MEDIA

Astro Awani 15 September 2013





_________________________________________________________________________________

Laporan Berita TV9  (15 September 2013)






__________________________________________________________________________


Laporan Bergambar Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)




Peta Malaysia Gergasi Sempena Hari Malaysia Berjaya Disiapkan

JITRA, 15 Sept (Bernama) -- Sekumpulan bakal guru daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra berjaya membina Peta Malaysia Gergasi menggunakan lebih 240,000 gumpalan kertas akhbar lama.

Kejayaan menghasilkan peta itu bagi memperingati Hari Malaysia ke-50 tahun esok dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records sebagai peta gergasi di Malaysia.

Pengarah projek, Nurathirah Shamsuddin Samya, 20, berkata projek bertemakan 'Malaysiaku Jubli Emas' ini tercetus hasil perbincangan bersama-sama 27 anggota bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menyambut Hari Malaysia iaitu sebahagian daripada sambutan bulan kemerdekaan negara.

"Orang hanya tahu 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan tetapi tidak tahu mengenai pengertian 16 Sept. Sebab itu kami mahu memupuk semangat patriotik dan nasionalisme di kalangan warga kampus dan masyarakat di luar," katanya.

Nurathirah berkata 191 orang terbabit dalam projek itu untuk menyiapkan peta berukuran 150 meter x 50 meter menggunakan 63,369 gumpalan akhbar lama warna biru, 60,231 (merah), 59,673 (putih) dan 21,611 (kuning) dengan kos RM6,000.

"Dua bulan kami nak siapkan peta ini tetapi bagi menyusunnya di atas padang hanya mengambil masa satu setengah hari dan siap disusun Jumaat lepas," katanya yang risau menghadapi dugaan seperti hujan.

"Syukur projek ini siap. Peta ini masih dalam keadaan baik kerana kami menggunakan cat kapur," kata Nurathirah.

Projek ini juga sebahagian tugasan dalam proforma kursus Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah yang perlu dilaksanakan semua bakal guru jurusan Pendidikan Sejarah.

Sebelum ini Universiti Malaya memegang rekod Malaysia Book of Records dengan pembinaan replika logo 1Malaysia menggunakan gumpalan kertas.

-- BERNAMA





________________________________________________________________

Berita Harian (16 September 2013)






__________________________________________________________


News Straits Times (16 September 2013)





Malaysia Day: Students create gigantic map


JITRA: Second-semester History students of Institut Perguruan Darul Aman entered The Malaysia Book of Records yesterday when they created a giant map of the country.
Named "Malaysiaku Jubli Emas", the map, measuring 150m by 50m, was made of crumpled newspaper and placed at the institution's field.
Project manager Nurathirah Shamsuddin Samya said the map was created in conjunction with Malaysia Day today.
She said it was the initiative of some 200 students to remind the public of the importance of the day Malaysia was formed with the joining of Malaya, Sabah and Sarawak in 1963.
For the past two months, the group collected 210,000 newspaper pages and painted it in the colour of the national flag.
"Malaysia Day is as meaningful as Merdeka Day. However, most of us forget the real reason behind this special day.
"With this project, we aim to created awareness among the younger generation on the importance of this historical day and make it more meaningful," said Nurathirah.


Read more: Malaysia Day: Students create gigantic map - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/font-color-red-malaysia-day-font-students-create-gigantic-map-1.356918#ixzz2f3O4tOd9



________________________________________________________________


Sinar Harian 15 September 2013








No comments:

Post a Comment